Assalamualaikum w.b.t
Sedikit info tentang tuan punya blog:
Masak-memasak bukan kepakaranku...
tapi kerana minat dan rasa ingin mencuba setiap resepi yang diambil daripada para blogger masakan yang lain maka terhasillah blog ini.
Kalau nak ikutkan, aku ni bukanlah seorang pemakan.. bahkan aku ni memilih dan cerewet dalam bab makanan. Malahan ada lauk-pauk yang aku tak makan. Aku lebih suka mencuba resepi biskut/kuih muih dan juga kek berbanding memasak lauk-pauk. Dalam istilah lain orang panggil pastry kott.. (kalau salah tolong betulkan saya). Lagipun aku dah terbiasa bila emak dan isteri yang selalu ke dapur untuk memasak.. hehe. Bukan malas ye.. tapi belum ada peluang dan kesempatan untuk ambil alih tugas tu daripada mereka.
Minat aku dalam bidang ni bermula secara tak sengaja..
Pada suatu hari di bulan Ramadhan, aku ada membuat tempahan biskut suji salju daripada kawan aku punya kawan. Bila aku makan.. woww.. rasanya sangat sedap!! Dan di tahun berikutnya, apabila kawan yang menjadi orang tengah untuk aku tempah biskut suji salju tu berpindah, aku mula mencari-cari resepi nya di Internet. Alhamdulillah.. jumpa.
Bermula daripada situ, setiap tahun (actually baru 2 tahun.. hehe) aku cuba buat biskut tu sendiri. Alhamdulillah, respon dari famili dan kawan-kawan kata ok. Tahun lepas aku mula buat 2,3 jenis biskut raya dan aku mula rasa sangat seronok.
Kemudian, aku diperkenalkan pulak dengan cheese tart yang dibeli oleh akak ipar aku juga pada bulan Ramadhan tahun lepas. Sekali lagi aku sangat terpesona dengan keenakan rasanya. Bertitik tolak daripada itu, aku pun mula mem'baking'.. mencari resepi cheese tart di Internet untuk dijadikan rujukan. Lama juga resepi tu terperap dalam simpanan aku kerana ketiadaan oven.
Dan akhirnya impian aku untuk mencuba resepi cheese tart ini terhasil apabila isteri aku (pun minat jugak dalam bidang buat kuih ni) ingin membeli oven. Semuanya bermula apabila akak di koperasi tempat isteri aku bekerja mencadangkan isteri aku menghantar kuih-muih untuk dijual kepada staf dan pelajar di situ. Dan disebabkan itu juga isteri aku membeli oven. Jadi, aku pun tumpang sekaki.. hehe.
Alhamdulillah, percubaan pertama tidak menghampakan (bagi pendapat aku la kann.. hehe). Tapi testimoni aku daripada kalangan keluarga terdekat mengatakan rasanya ok, so not bad la kan.. Dan minat dan keinginan aku untuk mencuba itupun terus berkembang sehingga ke hari ini.. Insya-Allah, aku akan gunakan blog ini sebagai medium untuk aku berkongsi pengalaman mencuba pelbagai resepi yang aku ambil daripada blog pakar-pakar membuat kuih dan kek di laman maya ini.
Harapan aku sebagai orang baru dalam dunia masakan pastry (kuih, biskut, kek, kek cawan dan sewaktu dengannya) dengan rendah hati sedia menerima teguran dan kritikan serta pandangan daripada kalian yang sudi singgah di sini especially otai-otai dalam bidang masak-memasak ni. Akhir kalam, salam mahabbah dan salam ukhuwwah daripada saya saudara khairol ramlie..