Tempahan kek daripada kawan mrKhai sempena ulang tahun kelahiran cucunya yang meminati watak daripada kartun princess.
Hajat di hati nak buat cake pop princess.. princess tu daripada edible image dan gaunnya daripada bebola kek. Malangnya, bila dah siap tempah edible image gambar princess untuk ditampal di lidi cake pop, tengok gambar princess tu tak berapa sempurna. Jadi, terpaksalah mrKhai tepek kan aje edible image princess yang sedia ada pada atas kek.
mrKhai cuba buat kek bentuk buku untuk kek princess ni. Tapi tak tahulah jadi ke tak bentuk bukunya.. Hasilnya seperti di bawah ni la. Kek buku princess dilapisi dan dihiasi dengan buah strawberi. Harap-harap, kawan isteri mrKhai tu berpuas hatilah hendaknya dengan kek yang dihasilkan oleh mrKhai ni..
Kek Span Coklat (2.5kg)
Dilapisi dengan freshcream, buah strawberi dan jem strawberi
Hiasan guna buttercream, edible image dan buah strawberi,
No comments:
Post a Comment