Thursday, October 23, 2014
KEK PADANG BOLA
Salam..
Masih tidak terlewat untuk mrKhai mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada mereka yang merayakan perayaan ini. Kepada mereka yang masih lagi menyambung cuti diucapkan selamat bercuti dan semoga bahagia disamping insan-insan yang disayangi.
Hari ni mrKhai nak berkongsi koleksi gambar kek padang bola yang pernah mrKhai hasilkan sepanjang berkecimpung dalam bidang pembuatan kek ni.. Menceritakan pengalaman mrKhai masa mula-mula nak buat kek padang bola ni, sebenarnya mrKhai mendapat tempahan kek yang bersaiz besar daripada kawan isteri mrKhai. Katanya, kawannya tu nak kan kek yang bersaiz besar untuk anak lelakinya.
Google punya google selain selongkar dapur blogger masakan yang lain, mrKhai pun dapat idea nak buat kek padang bola memandangkan saiz padang bola yang memanjang dan juga kek tersebut adalah untuk anak lelakinya yang remaja. Maka terhasillah kek padang bola pertama daripada mrKhai. Biasalah.. mula-mula buat memang agak sukar.. apatah lagi mrKhai yang tak pernah pergi kursus pastry dan hanya berpandukan blog dan video di youtube sebagai rujukan.. namun demi memenuhi permintaan pelanggan, mrKhai cuba juga hasilkan kek padang bola untuk pertama kalinya..
Itulah antara pengalaman pertama mrKhai menghasilkan kek padang bola ni.. mrKhai pun malas nak cerita panjang.. asalnya hanya nak tepek gambar je kat sini, tetiba terajin pulak nak buat ayat.. poyooo.. huhhuu.
So, layan kan jela gambar-gambar kat bawah ni..
Tuesday, October 14, 2014
KEK CLOWN
Salam..
Sempena cuti Hari TYT Negeri Melaka tempoh hari, mrKhai telah mendapat tempahan kek daripada kawan mrKhai untuk acara Hari Keluarga di sekolah anaknya. Ini adalah tempahan untuk kali kedua daripada kawan mrKhai tu, yang mana sebelum ni, beliau ada membuat tempahan kek hari lahir anaknya dengan bertemakan kek padang bola (gambar akan mrKhai upload kemudian).
Kek dan frosting yang dikehendaki masih sama seperti dulu iaitu kek chocolate moist dengan frosting cream cheese dan berbentuk segi empat. Cuma konsepnya adalah bebas. Bagi mrKhai yang masih baru dalam pembuatan kek ni, agak sukar juga nak cari idea untuk mendekorasi setiap kek yang ditempah.. justeru, mrKhai jadikan sifu-sifu blogger masakan especially daripada blog azlitamasammanis sebagai rujukan untuk mendapatkan idea untuk mendekorasi kek.
Untuk tempahan kali ini, oleh kerana ini adalah bersempena dengan acara hari keluarga sekolah anak kawan mrKhai, maka dekorasinya haruslah bertemakan kanak-kanak.. Dengan menjadikan blog azlitamasammanis sebagai rujukan, mrKhai aplikasikan dekorasi kek Clown yang telah ditunjukkan step-by-step oleh kak ita di sini dan inilah hasilnya.. walaupun taklah secantik kek yang dihasilkan oleh kak ita, mrKhai harap kawan mrKhai tu berpuashati dengan hasilnya.. terima kasih kepada kak ita a.k.a azlitamasammanis di atas segala ilmu yang ditunjukkan oleh beliau di dalam blognya..
Untuk belajar cara-cara mendeko clown, boleh klik di sini
Untuk kek, mrKhai gunakan resepi kek Chocolate Moist (kukus) sumber daripada page Resepi Ringkas di Facebook.. Resepimya rujuk gambar di bawah (malas nak salin.. attach gambar je senang)
200 gm gula icingperasa nenas atau strawberry yang tiada warna (xde dalam simpanan.. mrKhai guna rose flavour)
Ayak gula icingSatukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kentalJangan pukul lama sangat nanti lembik
Lepas tu boleh letak pewarna
* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.
Dan inilah hasilnyaa..
Sekali lagi terima kasih mrKhai ucapkan kepada blogger azlitamasammanis di atas segala tunjuk ajar beliau yang telah dicurahkan melalui blognya.. untuk rakan-rakan.. selamat mencuba!!

Untuk layer dan frosting, mrKhai gunakan resepi cream cheese di bawah.. (tak ingat sumber daripada mana)
Cream Cheese Frosting
200g Cream Cheese
100g butter
80g gula icing
1/2 sudu makan jus lemon
Manakala untuk membuat clown, mrKhai ikut resepi yang diberikan oleh kak ita di sini
Buttercream
150 gm shortening200 gm gula icingperasa nenas atau strawberry yang tiada warna (xde dalam simpanan.. mrKhai guna rose flavour)
Ayak gula icingSatukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kentalJangan pukul lama sangat nanti lembik
Lepas tu boleh letak pewarna
* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.
Dan inilah hasilnyaa..
Sekali lagi terima kasih mrKhai ucapkan kepada blogger azlitamasammanis di atas segala tunjuk ajar beliau yang telah dicurahkan melalui blognya.. untuk rakan-rakan.. selamat mencuba!!
Subscribe to:
Posts (Atom)