Sempena cuti Hari TYT Negeri Melaka tempoh hari, mrKhai telah mendapat tempahan kek daripada kawan mrKhai untuk acara Hari Keluarga di sekolah anaknya. Ini adalah tempahan untuk kali kedua daripada kawan mrKhai tu, yang mana sebelum ni, beliau ada membuat tempahan kek hari lahir anaknya dengan bertemakan kek padang bola (gambar akan mrKhai upload kemudian).
Kek dan frosting yang dikehendaki masih sama seperti dulu iaitu kek chocolate moist dengan frosting cream cheese dan berbentuk segi empat. Cuma konsepnya adalah bebas. Bagi mrKhai yang masih baru dalam pembuatan kek ni, agak sukar juga nak cari idea untuk mendekorasi setiap kek yang ditempah.. justeru, mrKhai jadikan sifu-sifu blogger masakan especially daripada blog azlitamasammanis sebagai rujukan untuk mendapatkan idea untuk mendekorasi kek.
Untuk tempahan kali ini, oleh kerana ini adalah bersempena dengan acara hari keluarga sekolah anak kawan mrKhai, maka dekorasinya haruslah bertemakan kanak-kanak.. Dengan menjadikan blog azlitamasammanis sebagai rujukan, mrKhai aplikasikan dekorasi kek Clown yang telah ditunjukkan step-by-step oleh kak ita di sini dan inilah hasilnya.. walaupun taklah secantik kek yang dihasilkan oleh kak ita, mrKhai harap kawan mrKhai tu berpuashati dengan hasilnya.. terima kasih kepada kak ita a.k.a azlitamasammanis di atas segala ilmu yang ditunjukkan oleh beliau di dalam blognya..
Untuk belajar cara-cara mendeko clown, boleh klik di sini
Untuk kek, mrKhai gunakan resepi kek Chocolate Moist (kukus) sumber daripada page Resepi Ringkas di Facebook.. Resepimya rujuk gambar di bawah (malas nak salin.. attach gambar je senang)
Untuk layer dan frosting, mrKhai gunakan resepi cream cheese di bawah.. (tak ingat sumber daripada mana)
Cream Cheese Frosting
200g Cream Cheese
100g butter
80g gula icing
1/2 sudu makan jus lemon
Manakala untuk membuat clown, mrKhai ikut resepi yang diberikan oleh kak ita di sini
Buttercream
150 gm shortening200 gm gula icingperasa nenas atau strawberry yang tiada warna (xde dalam simpanan.. mrKhai guna rose flavour)
Ayak gula icingSatukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kentalJangan pukul lama sangat nanti lembik
Lepas tu boleh letak pewarna
* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.
Dan inilah hasilnyaa..
Sekali lagi terima kasih mrKhai ucapkan kepada blogger azlitamasammanis di atas segala tunjuk ajar beliau yang telah dicurahkan melalui blognya.. untuk rakan-rakan.. selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment