Salam..
Alhamdulillah, hari ni kita sudah berada di hari kedua di tahun 2015.
Semoga tahun baru anda dipenuhi dengan kegembiraan dan keceriaan.. Bagi
yang memasang azam, semoga azam anda akan mampu dicapai..
Permulaan
yang baik bagi mrKhai di tahun 2015 dalam dunia blogging... hehe. Mana
taknya.. dah lama rasanya mrKhai tak mencoret sesuatu di sini. Tetiba hari ni terajin pulak nak mengarang sepatah dua kata kat sini. Azam
tahun barulah katakan... Apapun, mrKhai harap permulaan yang baik ini akan
berterusan hendaknyaa.. aamiin.
Cuti tahun baru semalam mrKhai sempat menyiapkan dua biji kek..
Satu kek span vanila dilapisi dan disaluti dengan Fresh Cream. Lapisan tengah dan juga dekorasinya diletakkan dengan hirisan buah dan jem strawberi. Kek bersaiz comel seberat 1/2kg ini telah ditempah oleh rakan sekerja isteri mrKhai.
Manakala kek kedua mrKhai hasilkan sebagai ucapan terima kasih kepada pihak taska yang telah menjaga anak mrKhai selama setahun lebih ini. Ini kerana mrKhai tidak lagi akan menghantar anak mrKhai di situ lagi mulai 5hb Januari 2015. Untuk mengetahui kisah selanjutnya boleh klik sini.
Kek kedua ini terhasil daripada lebihan tempahan kek yang mrKhai terima. Bukan apa, sayang nak buang lebihan-lebihan tu.. apatah lagi rasanya masih elok. Daripada membazir baik mrKhai recycle bahan-bahan ni. Cuma coklat KitKat je la kene beli. Jadi terhasillah kek yang simple-dimple ni.. hehe
Kek adalah lebihan adunan daripada tempahan kawan mrKhai di atas. Dilapisi dengan lebihan krim untuk kek tiramisu dan disaluti dengan lebihan krim putar. Kemudian mrKhai hiaskan pula sekeklilingnya dengan coklat KitKat. Actually, finishing untuk kek ni adalah dihiasi dengan bunga juga lebihan daripada tempahan yang lalu.
Harapan mrKhai, semoga pada tahun 2015 ini rezeki mrKhai dalam bidang pembuatan kek ini akan lebih maju. InsyaAllah, mrKhai akan cuba perbaiki dan belajar lagi bagi menampung kekurangan mrKhai dalam menghasilkan kek yang sedap dan menarik. In Shaa Allah.
Jumpa lagi di lain siaran.. wassalam.
No comments:
Post a Comment