Saturday, September 21, 2013

ANEKA KEK KIWI DENGAN FRESH CREAM

Salam.
Beberapa minggu ni mrKhai sering menerima tempahan kek kiwi dengan fresh cream sempena hari lahir daripada kawan mrKhai dan juga kawan2 isteri mrKhai. Untuk beginner macam mrKhai yang masih perlu banyak lagi belajar untuk memantapkan lagi kemahiran membuat dan menghias kek, ini sahajalah yang mampu mrKhai hasilkan.

Harapan mrKhai, semoga mereka yang telah menempah kek daripada mrKhai tu berpuas hati dengan hasilnya. Sokongan dan teguran yang membina daripada kalian amat mrKhai hargai. Mari kita lihat hasil kerja mrKhai yang tak seberapa ni..

KEK KIWI DENGAN FRESH CREAM
Tempahan daripada my boss untuk anaknya
Tempahan daripada akak koperasi tempat isteri mrKhai bekerja

Juga tempahan daripada kawan isteri mrKhai yang katanya tak puas rasa kek di atas (akak koperasi)


Rasanya, banyak lagi yang perlu mrKhai perbaiki pada masa akan datang untuk menghasilkan kek dan hiasan yang lebih baik dan menarik. Apapun, kepada yang sudi menempah dan memberi peluang kepada mrKhai untuk terus belajar, jutaan terima kasih diucapkan..

Doakan, hasil tangan mrKhai ini akan bertambah baik dan seterusnya menepati selera dan citarasa anda.. insyaAllah.

Friday, August 23, 2013

STEAM BUTTERCREAM CAKE

Salam.
Rasanya masih belum terlewat untuk mrKhai mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang merayakan Aidilfitri baru-baru ini. Rasanya, kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa kerana boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kita menerima jemputan rumah terbuka selain tak kurang yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara untuk berhari raya.

Alhamdulillah.. sempena Aidilfitri kali ini, mrKhai mendapat tempahan kek sempena majlis sambutan Aidilfitri peringkat Unit tempat isteri mrKhai bekerja. Oleh kerana, mrKhai ni masih baru dalam dunia pembuatan kek, mrKhai cuba juga untuk menghasilkan yang terbaik untuk mereka. Niat di hati nak mencuba resepi Russian Black and White Cake dari blog masam manis, tapi oleh kerana kata isteri mrKhai kek coklat telah dibawa oleh kawannya, terpaksa lah mrKhai mencari alternatif untuk membuat kek lain.

Bukan apa, bagi mrKhai yang newbie ni, rasanya kek coklat adalah antara resepi yang paling mudah. Bukan tak nak mencuba sesuatu yang baharu, tetapi untuk tempahan sebegini, rasanya eloklah kita melakukan sesuatu yang kita dah selalu buat. Lainlah kalau untuk sekadar nak mencuba dan diberi makan kepada keluarga atau kawan-kawan terdekat.. berani juga lah mrKhai mencuba resepi yang baharu. Selama ni pun, kalau mrKhai mencuba sesuatu resepi yang baharu, pasti keluarga dan officemate mrKhai lah yang akan menjadi testimoni nya.


Dipendekkan cerita, setelah dibelek-belek resepi dari dapur masam manis dan setelah dipertimbang-timbang senang dan susah cara untuk membuatnya, akhirnya mrKhai membuat keputusan yang muktamad untuk mencuba resepi kek Steam Buttercream dari dapur masam manis. mrKhai juga buat rujukan sikit-sikit di sini kerana resepi kek Steam Buttercream ni di ambil dari blog beliau. Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, maka terhasillah kek Steam Buttercream versi mrKhai.. harap-harap rakan-rakan dari unit tempat isteri mrKhai bekerja berpuashatilah dengan rasa dan hasil kek tersebut.

Bagi yang ingin mencuba,jomkita lihat resepi dan cara membuatnya di bawah..

STEAM BUTTERCREAM CAKE
  • resepi kek boleh buat ikut mana-mana resepi kek yang disukai.Ikut citarasa masing-masing.           (mrKhai guna Optima chocolate sponge mix.. segera dan mudah)
  • bahagi kek kepada dua bahagian. Kemudian letakkan inti kat tengah. Inti pun terpulang sama ada nak guna ganache krim ke, nutella ke ataupun whipping cream.(mrKhai guna lebihan coklat ganache yang sedia ada di dalam peti ais untuk dihabiskan stok)
  • Kek kena dilicinkan bucunya (bentuk bulat) untuk memudahkan buttercream tu mengalir nanti..
Bahan2 Steam Buttercream
500gm krimwell
250gm shortening
50gm butter
250gm gula aising

Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa memukul 5-7 minit

Boleh tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.

Bila adunan telah sebati, ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk lain. Ini adalah untuk di sapukan pada kek sebagai base dan juga kita akan gunakan untuk buat deco bunga atas kek kita tu nanti. Tujuan kita ambil sedikit dan larikan dalam bekas lain juga supaya adunan buttercream yang nak kita stimkan tu tidak bercampur cebisan kek semasa proses kita melempa kek kita tu nanti.

Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua  bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang. 

Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera. 

Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja.  

Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair.  

Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali. 

Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan. 

Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.

Buttercream akan mula mencair. Angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.
(gaul buttercream dalam 1-2 minit atau sehingga buttercream nampak nak cair di hujung besen.. buttercream ni mesti sentiasa dikacau) 

Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair
(angkat besen keluar dari kuali, gaul lagi tanpa henti dalam lebih kurang 1-2 minit jugak sehingga buttercream yang nampak hampir cair tadi jadi likat semula. ulangi banyak kali..banyak kali tu, naik turun naik turun kuali, lebih kurang dalam 15-20 minit)

Semasa proses steam, api jangan ditutup.. bukak api yg paling kecil aje.. 

Untuk memgetahui sama ada buttercream telah siap dan boleh digunakan adalah di mana kita akan dapati adunan buttercream tadi telah mencair. Bila kita angkat spatula.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih likat, licin dan berkilat. 

Segera lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek. 

Segera tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek. 

Hentak-hentakkan loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir ke bawah. Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin. 

Biarkan adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan adunan buttercream itu nanti. 

Masukkan dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras. 

Lebihan buttercream itu jangan di buang. Ia boleh dikitar semula bila kita nak buat kek yang lain. 

Alihkan atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti. 

Kalau nak dapatkan bunga yang cantik, boleh klik sini. 

Bahan2 buttercream bunga..
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2 nanti adunan jadi lembik.
3. Bule tambahkan pewarna atau perasa jika suka.


Friday, August 2, 2013

Biskut Kirm Keju

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dapat juga meng'update' sesuatu di sini setelah hampir 3 bulan blog ini dilancarkan.. Bagaimana dengan puasa anda di bulan Ramadhan pada tahun ini?? Harapan saya, semoga ibadah puasa dan segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah SWT. Semoga amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini akan menjadi amalan yang berterusan walaupun Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.

Di penghujung Ramadhan ini, saya pasti ramai di kalangan kita sibuk menyediakan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi. Begitu juga pasti ramai yang sedang mencari-cari resepi kuih raya di internet atau majalah untuk dibuat sempena menyambut lebaran yang bakal menjelang tak lama lagi Bagi yang masih tercari-cari resepi, apa kata anda mencuba resepi Biskut Krim Keju ini. Bukan apa, saya rasa bahan-bahan untuk resepi Biskut Krim Keju ni mudah untuk disediakan selain caranya juga tidak begitu susah terutamanya untuk beginner macam saya ni la.. So, selamat mencuba.


BISKUT KRIM KEJU
(Sumber: Utusan Malaysia - Sabtu, 4.8.2012)

Bahan-bahan
150 gram mentega
60 gram krim keju
120 gram gula aising
220 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perisa vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur (ambil bahagian kuning telur sahaja)

Cara membuat:
1. Mula-mula pukul mentega, gula aising dan keju sehingga lembut.

2. Kemudian, masukkan perisa vanila dan telur. Seterusnya, letakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik dan gaulkan sehingga sebati.

3. Bahagi doh kepada dua bahagian. Hanya satu bahagian doh dicampurkan dengan serbuk koko dan kemudian sejukkan adunan selama 30 minit.
(Saya letak 2 sudu besar serbuk koko sebab terlupa nak bahagikan doh kepada 2 bahagian gara-gara dah tercampur serbuk koko kepada semua adunan tu)

4. Canai dan terapkan doh tersebut mengikut bentuk yang disukai dan bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 160 darjah celcius. Piping coklat untuk dekorasi dan sedia dihidang.

Sebelum dibakar...
Selepas keluar oven..
Nampak lebih menarik setelah dihias dengan coklat masakan putih.. 
(resepi asal coklat masakan hitam)

Thursday, April 4, 2013

SALAM BLOGGER

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit info tentang tuan punya blog:

Masak-memasak bukan kepakaranku...
tapi kerana minat dan rasa ingin mencuba setiap resepi yang diambil daripada para blogger masakan yang lain maka terhasillah blog ini.

Kalau nak ikutkan, aku ni bukanlah seorang pemakan.. bahkan aku ni memilih dan cerewet dalam bab makanan. Malahan ada lauk-pauk yang aku tak makan. Aku lebih suka mencuba resepi biskut/kuih muih dan juga kek berbanding memasak lauk-pauk. Dalam istilah lain orang panggil pastry kott.. (kalau salah tolong betulkan saya). Lagipun aku dah terbiasa bila emak dan isteri yang selalu ke dapur untuk memasak.. hehe. Bukan malas ye.. tapi belum ada peluang dan kesempatan untuk ambil alih tugas tu daripada mereka.

Minat aku dalam bidang ni bermula secara tak sengaja..
Pada suatu hari di bulan Ramadhan, aku ada membuat tempahan biskut suji salju daripada kawan aku punya kawan. Bila aku makan.. woww.. rasanya sangat sedap!! Dan di tahun berikutnya, apabila kawan yang menjadi orang tengah untuk aku tempah biskut suji salju tu berpindah, aku mula mencari-cari resepi nya di Internet. Alhamdulillah.. jumpa.

Bermula daripada situ, setiap tahun (actually baru 2 tahun.. hehe) aku cuba buat biskut tu sendiri. Alhamdulillah, respon dari famili dan kawan-kawan kata ok. Tahun lepas aku mula buat 2,3 jenis biskut raya dan aku mula rasa sangat seronok.

Kemudian, aku diperkenalkan pulak dengan cheese tart yang dibeli oleh akak ipar aku juga pada bulan Ramadhan tahun lepas. Sekali lagi aku sangat terpesona dengan keenakan rasanya. Bertitik tolak daripada itu, aku pun mula mem'baking'.. mencari resepi cheese tart di Internet untuk dijadikan rujukan. Lama juga resepi tu terperap dalam simpanan aku kerana ketiadaan oven.

Dan akhirnya impian aku untuk mencuba resepi cheese tart ini terhasil apabila isteri aku (pun minat jugak dalam bidang buat kuih ni) ingin membeli oven. Semuanya bermula apabila akak di koperasi tempat isteri aku bekerja mencadangkan isteri aku menghantar kuih-muih untuk dijual kepada staf dan pelajar di situ. Dan disebabkan itu juga isteri aku membeli oven. Jadi, aku pun tumpang sekaki.. hehe.

Alhamdulillah, percubaan pertama tidak menghampakan (bagi pendapat aku la kann.. hehe). Tapi testimoni aku daripada kalangan keluarga terdekat mengatakan rasanya ok, so not bad la kan.. Dan minat dan keinginan aku untuk mencuba itupun terus berkembang sehingga ke hari ini.. Insya-Allah, aku akan gunakan blog ini sebagai medium untuk aku berkongsi pengalaman mencuba pelbagai resepi yang aku ambil daripada blog pakar-pakar membuat kuih dan kek di laman maya ini.

Harapan aku sebagai orang baru dalam dunia masakan pastry (kuih, biskut, kek, kek cawan dan sewaktu dengannya) dengan rendah hati sedia menerima teguran dan kritikan serta pandangan daripada kalian yang sudi singgah di sini especially otai-otai dalam bidang masak-memasak ni. Akhir kalam, salam mahabbah dan salam ukhuwwah daripada saya saudara khairol ramlie..