Salam.
Rasanya masih belum terlewat untuk mrKhai mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang merayakan Aidilfitri baru-baru ini. Rasanya, kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa kerana boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kita menerima jemputan rumah terbuka selain tak kurang yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara untuk berhari raya.
Alhamdulillah.. sempena Aidilfitri kali ini, mrKhai mendapat tempahan kek sempena majlis sambutan Aidilfitri peringkat Unit tempat isteri mrKhai bekerja. Oleh kerana, mrKhai ni masih baru dalam dunia pembuatan kek, mrKhai cuba juga untuk menghasilkan yang terbaik untuk mereka. Niat di hati nak mencuba resepi Russian Black and White Cake dari blog masam manis, tapi oleh kerana kata isteri mrKhai kek coklat telah dibawa oleh kawannya, terpaksa lah mrKhai mencari alternatif untuk membuat kek lain.
Dipendekkan cerita, setelah dibelek-belek resepi dari dapur masam manis dan setelah dipertimbang-timbang senang dan susah cara untuk membuatnya, akhirnya mrKhai membuat keputusan yang muktamad untuk mencuba resepi kek Steam Buttercream dari dapur masam manis. mrKhai juga buat rujukan sikit-sikit di sini kerana resepi kek Steam Buttercream ni di ambil dari blog beliau. Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, maka terhasillah kek Steam Buttercream versi mrKhai.. harap-harap rakan-rakan dari unit tempat isteri mrKhai bekerja berpuashatilah dengan rasa dan hasil kek tersebut.
Bagi yang ingin mencuba,jomkita lihat resepi dan cara membuatnya di bawah..
Bagi yang ingin mencuba,jomkita lihat resepi dan cara membuatnya di bawah..
STEAM BUTTERCREAM CAKE
- resepi kek boleh buat ikut mana-mana resepi kek yang disukai.Ikut citarasa masing-masing. (mrKhai guna Optima chocolate sponge mix.. segera dan mudah)
- bahagi kek kepada dua bahagian. Kemudian letakkan inti kat tengah. Inti pun terpulang sama ada nak guna ganache krim ke, nutella ke ataupun whipping cream.(mrKhai guna lebihan coklat ganache yang sedia ada di dalam peti ais untuk dihabiskan stok)
- Kek kena dilicinkan bucunya (bentuk bulat) untuk memudahkan buttercream tu mengalir nanti..
Bahan2 Steam Buttercream
500gm krimwell
250gm shortening
50gm butter
250gm gula aising
500gm krimwell
250gm shortening
50gm butter
250gm gula aising
Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk
mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa
memukul 5-7 minit.
Boleh
tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.
Bila adunan telah sebati, ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk lain. Ini adalah untuk di sapukan pada kek sebagai base dan juga kita akan gunakan untuk buat deco bunga atas kek kita tu nanti. Tujuan kita ambil sedikit dan larikan dalam bekas lain juga supaya adunan buttercream yang nak kita stimkan tu tidak bercampur cebisan kek semasa proses kita melempa kek kita tu nanti.
Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang.
Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.
Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja.
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair.
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali.
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.
Buttercream akan mula mencair. Angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.
(gaul buttercream dalam 1-2 minit atau sehingga buttercream nampak nak cair di hujung besen.. buttercream ni mesti sentiasa dikacau)
Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair
(angkat besen keluar dari kuali, gaul lagi tanpa henti dalam lebih kurang 1-2 minit jugak sehingga buttercream yang nampak hampir cair tadi jadi likat semula. ulangi banyak kali..banyak kali tu, naik turun naik turun kuali, lebih kurang dalam 15-20 minit)
Semasa proses steam, api jangan ditutup.. bukak api yg paling kecil aje..
Untuk
memgetahui sama ada buttercream telah siap dan boleh digunakan adalah
di mana kita akan dapati adunan buttercream tadi telah mencair. Bila
kita angkat spatula.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih
likat, licin dan berkilat.
Segera
lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan
pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.
Segera
tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan
loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir
ke bawah. Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
Biarkan
adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan
adunan buttercream itu nanti.
Masukkan
dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras.
Lebihan
buttercream itu jangan di buang. Ia boleh dikitar semula bila kita nak buat kek
yang lain.
Alihkan
atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan
menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2
nanti adunan jadi lembik.
3. Bule tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
No comments:
Post a Comment