Alhamdulillah, dapat juga meng'update' sesuatu di sini setelah hampir 3 bulan blog ini dilancarkan.. Bagaimana dengan puasa anda di bulan Ramadhan pada tahun ini?? Harapan saya, semoga ibadah puasa dan segala amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini diterima oleh Allah SWT. Semoga amal kebaikan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadhan ini akan menjadi amalan yang berterusan walaupun Ramadhan sudah berlalu pergi meninggalkan kita. InsyaAllah.
Di penghujung Ramadhan ini, saya pasti ramai di kalangan kita sibuk menyediakan persiapan hari raya yang bakal kunjung tiba beberapa hari sahaja lagi. Begitu juga pasti ramai yang sedang mencari-cari resepi kuih raya di internet atau majalah untuk dibuat sempena menyambut lebaran yang bakal menjelang tak lama lagi Bagi yang masih tercari-cari resepi, apa kata anda mencuba resepi Biskut Krim Keju ini. Bukan apa, saya rasa bahan-bahan untuk resepi Biskut Krim Keju ni mudah untuk disediakan selain caranya juga tidak begitu susah terutamanya untuk beginner macam saya ni la.. So, selamat mencuba.
BISKUT KRIM KEJU
(Sumber: Utusan Malaysia - Sabtu, 4.8.2012)
Bahan-bahan
150 gram mentega
60 gram krim keju
120 gram gula aising
220 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh perisa vanila
1 sudu teh serbuk penaik
1 biji telur (ambil bahagian kuning telur sahaja)
Cara membuat:
1. Mula-mula pukul mentega, gula aising dan keju sehingga lembut.
2. Kemudian, masukkan perisa vanila dan telur. Seterusnya, letakkan tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik dan gaulkan sehingga sebati.
3. Bahagi doh kepada dua bahagian. Hanya satu bahagian doh dicampurkan dengan serbuk koko dan kemudian sejukkan adunan selama 30 minit.
(Saya letak 2 sudu besar serbuk koko sebab terlupa nak bahagikan doh kepada 2 bahagian gara-gara dah tercampur serbuk koko kepada semua adunan tu)
4. Canai dan terapkan doh tersebut mengikut bentuk yang disukai dan bakar selama 20 hingga 25 minit pada suhu 160 darjah celcius. Piping coklat untuk dekorasi dan sedia dihidang.
![]() |
Sebelum dibakar... |
![]() |
Selepas keluar oven.. |
![]() |
Nampak lebih menarik setelah dihias dengan coklat masakan putih.. (resepi asal coklat masakan hitam) |
No comments:
Post a Comment