Thursday, October 23, 2014
KEK PADANG BOLA
Salam..
Masih tidak terlewat untuk mrKhai mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada mereka yang merayakan perayaan ini. Kepada mereka yang masih lagi menyambung cuti diucapkan selamat bercuti dan semoga bahagia disamping insan-insan yang disayangi.
Hari ni mrKhai nak berkongsi koleksi gambar kek padang bola yang pernah mrKhai hasilkan sepanjang berkecimpung dalam bidang pembuatan kek ni.. Menceritakan pengalaman mrKhai masa mula-mula nak buat kek padang bola ni, sebenarnya mrKhai mendapat tempahan kek yang bersaiz besar daripada kawan isteri mrKhai. Katanya, kawannya tu nak kan kek yang bersaiz besar untuk anak lelakinya.
Google punya google selain selongkar dapur blogger masakan yang lain, mrKhai pun dapat idea nak buat kek padang bola memandangkan saiz padang bola yang memanjang dan juga kek tersebut adalah untuk anak lelakinya yang remaja. Maka terhasillah kek padang bola pertama daripada mrKhai. Biasalah.. mula-mula buat memang agak sukar.. apatah lagi mrKhai yang tak pernah pergi kursus pastry dan hanya berpandukan blog dan video di youtube sebagai rujukan.. namun demi memenuhi permintaan pelanggan, mrKhai cuba juga hasilkan kek padang bola untuk pertama kalinya..
Itulah antara pengalaman pertama mrKhai menghasilkan kek padang bola ni.. mrKhai pun malas nak cerita panjang.. asalnya hanya nak tepek gambar je kat sini, tetiba terajin pulak nak buat ayat.. poyooo.. huhhuu.
So, layan kan jela gambar-gambar kat bawah ni..
Tuesday, October 14, 2014
KEK CLOWN
Salam..
Sempena cuti Hari TYT Negeri Melaka tempoh hari, mrKhai telah mendapat tempahan kek daripada kawan mrKhai untuk acara Hari Keluarga di sekolah anaknya. Ini adalah tempahan untuk kali kedua daripada kawan mrKhai tu, yang mana sebelum ni, beliau ada membuat tempahan kek hari lahir anaknya dengan bertemakan kek padang bola (gambar akan mrKhai upload kemudian).
Kek dan frosting yang dikehendaki masih sama seperti dulu iaitu kek chocolate moist dengan frosting cream cheese dan berbentuk segi empat. Cuma konsepnya adalah bebas. Bagi mrKhai yang masih baru dalam pembuatan kek ni, agak sukar juga nak cari idea untuk mendekorasi setiap kek yang ditempah.. justeru, mrKhai jadikan sifu-sifu blogger masakan especially daripada blog azlitamasammanis sebagai rujukan untuk mendapatkan idea untuk mendekorasi kek.
Untuk tempahan kali ini, oleh kerana ini adalah bersempena dengan acara hari keluarga sekolah anak kawan mrKhai, maka dekorasinya haruslah bertemakan kanak-kanak.. Dengan menjadikan blog azlitamasammanis sebagai rujukan, mrKhai aplikasikan dekorasi kek Clown yang telah ditunjukkan step-by-step oleh kak ita di sini dan inilah hasilnya.. walaupun taklah secantik kek yang dihasilkan oleh kak ita, mrKhai harap kawan mrKhai tu berpuashati dengan hasilnya.. terima kasih kepada kak ita a.k.a azlitamasammanis di atas segala ilmu yang ditunjukkan oleh beliau di dalam blognya..
Untuk belajar cara-cara mendeko clown, boleh klik di sini
Untuk kek, mrKhai gunakan resepi kek Chocolate Moist (kukus) sumber daripada page Resepi Ringkas di Facebook.. Resepimya rujuk gambar di bawah (malas nak salin.. attach gambar je senang)
200 gm gula icingperasa nenas atau strawberry yang tiada warna (xde dalam simpanan.. mrKhai guna rose flavour)
Ayak gula icingSatukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kentalJangan pukul lama sangat nanti lembik
Lepas tu boleh letak pewarna
* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.
Dan inilah hasilnyaa..
Sekali lagi terima kasih mrKhai ucapkan kepada blogger azlitamasammanis di atas segala tunjuk ajar beliau yang telah dicurahkan melalui blognya.. untuk rakan-rakan.. selamat mencuba!!

Untuk layer dan frosting, mrKhai gunakan resepi cream cheese di bawah.. (tak ingat sumber daripada mana)
Cream Cheese Frosting
200g Cream Cheese
100g butter
80g gula icing
1/2 sudu makan jus lemon
Manakala untuk membuat clown, mrKhai ikut resepi yang diberikan oleh kak ita di sini
Buttercream
150 gm shortening200 gm gula icingperasa nenas atau strawberry yang tiada warna (xde dalam simpanan.. mrKhai guna rose flavour)
Ayak gula icingSatukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kentalJangan pukul lama sangat nanti lembik
Lepas tu boleh letak pewarna
* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.
Dan inilah hasilnyaa..
Sekali lagi terima kasih mrKhai ucapkan kepada blogger azlitamasammanis di atas segala tunjuk ajar beliau yang telah dicurahkan melalui blognya.. untuk rakan-rakan.. selamat mencuba!!
Friday, June 13, 2014
PANDUAN MENCAMPUR WARNA
Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari..
Salam Nisfu Sya'aban 1435H
Hari ni macam rajin pulak untuk berblogging. Jadi, di kerajinan ini, mrKhai ingin kongsikan sedikit tips dan panduan untuk rujukan mrKhai dan juga para pembaca sekalian tentang panduan mencampur warna.
Panduan mencampur warna ni mrKhai perolehi dari blog Zati D'hati yang mana mrKhai rasakan panduan ni berguna untuk newbie macam mrKhai yang memang zero dalam bidang pembuatan kek ni. Jadi, mrKhai mohon keizinan puan blogger untuk berkongsikan panduan mencampur warna ni di blog mrKhai. Sebagai penghargaan, terima kasih diucapkan kepada pemilik blog Zati D'hati yang sudi berkongsikan maklumat ini untuk dijadikan panduan kepada kami yang masih baru dalam bidang pembuatan kek ni.
Jom kita belajar cara mencampur warna untuk menambahkan variasi dan warna dalam penghasilan kek kita nanti.. (mrKhai kopipes je..)
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….
GOLD:
Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow.
Atau boleh juga gunakan lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.
COKLAT:

*******************
Warna keluaran wilton dan chef master amat cantik berbanding pewarna biasa. Paste keluaran wilton dan chef master misalnya, ditutup dengan aluminium foil di atasnya. Untuk memanjangkan hayat warna, lebih baik jangan dibuka foilnya. Anda hanya perlu mencucukkan saja pencungkil gigi menembusi foil untuk mengangkat warna.
Paste mempunyai kepekatan yang likat. Selalunya sedikit sahaja sudah memadai. Untuk jadual bancuhan di atas, ada baiknya menggunakan pencungkil gigi atau lidi. 1 calit dikira satu bahagian. Manakala `sentuhan’ cukup dengan mencuit sikit saja warna yang terlekat pada lidi ke atas aising.
Gunakan lidi yang baru. Jika anda menggunakan warna-warna yang memerlukan banyak penggunaannya, anda boleh menggunakan pisau bersih. Untuk mengelakkan warna yang tidak sama, anggarkan aising yang mahu digunakan mestilah cukup untuk diwarnakan. Mewarna aising sedikit-sedikit mungkin akan menyebabkan warna yang tidak seragam.
MARI KITA MEMBANCUH WARNA. AHA….
HITAM:
Sekiranya tidak ada paste atau liquid hitam, kombinasi royal blue, merah, oren dan kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Membeli warna hitam bukanlah penyelesaian untuk menghasilkan aising berwarna hitam Berapa banyak pun kita masukkan hitam, kita tidak akan mendapat aising hitam yang sebenarnya. Tipnya – campurkan dark brown colour atau warna coklat ataupun chocolate emulco dengan warna hitam. Ia perlu disimpan didalam chiller semalaman.
GOLD:
Sedikit warna coklat dicampurkan dengan lemon yellow.
Atau boleh juga gunakan lemon yellow, 3 bahagian oren dan 1 bahagian red.
COKLAT:
Campuran merah dan hijau boleh menghasilkan coklat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid di dalam aising, misalnya daripada jus lemon dan cream of tar tar, jadi abaikan penggunaan asid. Juga campurkan ¼ tsp air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam BC untuk menghapuskan ton hijau.
MERAH:
Payah untuk menghasilkan warna merah terang? Campurkan pewarna merah ke dalam BC dan simpan 24 jam. Warnanya akan semakin terang dan gelap.(Saya mewarnakan BC dengan warna merah dan simpan di dalam peti untuk beberapa lama untuk kemudahan membuat art writing. Warna merah semakin lama disimpan semakin terang warnanya. Untuk tujuan penyimpanan lama ini, BC tidak dicampur susu kerana BC yang mengandungi susu dikatakan hanya tahan dua minggu sekiranya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam chiller. Susu akan memberi rasa yang lain pada BC jika lebih dua minggu disimpan)
UNGU:
Pastikan campurkan susu ke dalam pewarna. BC tidak akan menjadi warna biru pudar.
PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih dan 1 bahagian mana-mana warna pilihan
APRIKOT:
2 bahagian oren campur 1 bahagian golden yellow
AQUA:
5 bahagian sky blue campur 1 bahagian hijau daun/leaf green
AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian leaf green campur sentuhan warna hitam
BURGUNDY:
5 bahagian rose pink campur 1 bahagian violet
CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow campur 1 bahagian hijau daun
RUST:
8 bahagian Oren campur 2 bahagian merah campur 1 bahagian brown
COPPER:
1 bahagian golden yellow campur 1 bahagian brown campur 1 bahagian christmas red
CORAL:
3 bahagian rose pink campur dua bahagian lemon yellow
LAVENDER:
5 pink campur 1 bahagian violet
SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam campur 1 bahagian biru
TURQOISE:
6 bahagian biru campur 1 bahagian lemon yellow
TEAL:
9 bahagian sky blue campur 1 bahagian lemon yellow
MAUVE:
5 bahagian rose pink campur 2 bahagian oren campur 2 bahagian merah dan 1 bahagian hitam
PLUM :
1 bahagian violet campur sentuhan chrismas red
MAROON:
4 bahagian red dan 1 bahagian burgundy
MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow campur 2 bahagian violet
NAVY BLUE :
1 bahagian sky blue campur 1 bahagian violet
GRAPE:
1 bahagian sky blue campur 6 bahagian rose pink
Akhir kata, semoga panduan tentang mencampur warna ini dapat membantu kita dalam menghasilkan kek yang lebih menarik dengan warna-warna yang lebih meriah.. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Zati D'hati atas perkongsian yang bermanfaat ini. InsyaAllah, mrKhai akan cuba menggunakan panduan yang diberikan ini dalam dekorasi kek mrKhai yang akan datang.. :-)
Friday, March 28, 2014
REZEKI DI BULAN MAC
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, di bulan Mac ini rezeki mrKhai bertambah sedikit dengan menerima banyak juga tempahan (buat mrKhai yang masih baru) kek daripada kawan-kawan isteri mrKhai. Ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan isteri mrKhai yang sudi memenpah kek daripada mrKhai yang baru saja berjinak-jinak dalam bidang membuat kek ini.. dan di sebalik semua ini, tentulah ucapan terima kasih yang tidak terhingga perlu diberikan kepada isteri mrKhai yang sudi mempromosi (PR) kek yang dihasilkan mrKhai kepada rakan-rakan di tempat kerjanya.. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki dan bakat yang Engkau kurniakan ini..
Bagi mrKhai yang masih baru ini, kekangan masa adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Pagi di tempat kerja, malam pula membuat kek.. kadang-kadang jam 3-4 pagi baru tidur. Esoknya perlu bangun untuk ke pejabat pula. Penat memang penat. tapi demi minat dan juga bagi memenuhi impian setiap pelanggan bagi meraikan hari-hari penting mereka, mrKhai gagahkan juga. Walaupun kek yang dihasilkan oleh mrKhai tidaklah sehebat mereka yang professional dalam bidang ini, mrKhai percaya, dengan minat dan kesungguhan yang ada, mrKhai mampu menjadi seperti mereka suatu hari nanti.. insyaAllah.
Ini adalah tempahan yang mrKhai terima pada 17 Mac yang lalu yang dibuat mengikut citarasa kawan isteri mrKhai.. semoga beliau berpuas hati dengan hasilnya..

Kek span vanila
Lapisan Fresh Cream dengan jem dan buah kiwi
Frosting dan hiasan menggunakan buttercream
Dihias dengan buah Strawberi
Friday, February 14, 2014
Kek Princess
Salam.
Tempahan kek daripada kawan mrKhai sempena ulang tahun kelahiran cucunya yang meminati watak daripada kartun princess.
Hajat di hati nak buat cake pop princess.. princess tu daripada edible image dan gaunnya daripada bebola kek. Malangnya, bila dah siap tempah edible image gambar princess untuk ditampal di lidi cake pop, tengok gambar princess tu tak berapa sempurna. Jadi, terpaksalah mrKhai tepek kan aje edible image princess yang sedia ada pada atas kek.
mrKhai cuba buat kek bentuk buku untuk kek princess ni. Tapi tak tahulah jadi ke tak bentuk bukunya.. Hasilnya seperti di bawah ni la. Kek buku princess dilapisi dan dihiasi dengan buah strawberi. Harap-harap, kawan isteri mrKhai tu berpuas hatilah hendaknya dengan kek yang dihasilkan oleh mrKhai ni..

Kek Span Coklat (2.5kg)
Dilapisi dengan freshcream, buah strawberi dan jem strawberi
Hiasan guna buttercream, edible image dan buah strawberi,
Saturday, September 21, 2013
ANEKA KEK KIWI DENGAN FRESH CREAM
Salam.
Beberapa minggu ni mrKhai sering menerima tempahan kek kiwi dengan fresh cream sempena hari lahir daripada kawan mrKhai dan juga kawan2 isteri mrKhai. Untuk beginner macam mrKhai yang masih perlu banyak lagi belajar untuk memantapkan lagi kemahiran membuat dan menghias kek, ini sahajalah yang mampu mrKhai hasilkan.
Harapan mrKhai, semoga mereka yang telah menempah kek daripada mrKhai tu berpuas hati dengan hasilnya. Sokongan dan teguran yang membina daripada kalian amat mrKhai hargai. Mari kita lihat hasil kerja mrKhai yang tak seberapa ni..
KEK KIWI DENGAN FRESH CREAM
Rasanya, banyak lagi yang perlu mrKhai perbaiki pada masa akan datang untuk menghasilkan kek dan hiasan yang lebih baik dan menarik. Apapun, kepada yang sudi menempah dan memberi peluang kepada mrKhai untuk terus belajar, jutaan terima kasih diucapkan..
Doakan, hasil tangan mrKhai ini akan bertambah baik dan seterusnya menepati selera dan citarasa anda.. insyaAllah.
Beberapa minggu ni mrKhai sering menerima tempahan kek kiwi dengan fresh cream sempena hari lahir daripada kawan mrKhai dan juga kawan2 isteri mrKhai. Untuk beginner macam mrKhai yang masih perlu banyak lagi belajar untuk memantapkan lagi kemahiran membuat dan menghias kek, ini sahajalah yang mampu mrKhai hasilkan.
Harapan mrKhai, semoga mereka yang telah menempah kek daripada mrKhai tu berpuas hati dengan hasilnya. Sokongan dan teguran yang membina daripada kalian amat mrKhai hargai. Mari kita lihat hasil kerja mrKhai yang tak seberapa ni..
KEK KIWI DENGAN FRESH CREAM
![]() |
| Tempahan daripada my boss untuk anaknya |
![]() |
| Tempahan daripada akak koperasi tempat isteri mrKhai bekerja |
![]() | |||
| Juga tempahan daripada kawan isteri mrKhai yang katanya tak puas rasa kek di atas (akak koperasi) |
Doakan, hasil tangan mrKhai ini akan bertambah baik dan seterusnya menepati selera dan citarasa anda.. insyaAllah.
Friday, August 23, 2013
STEAM BUTTERCREAM CAKE
Salam.
Rasanya masih belum terlewat untuk mrKhai mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua muslimin dan muslimat yang merayakan Aidilfitri baru-baru ini. Rasanya, kemeriahan sambutan Aidilfitri masih lagi terasa kerana boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kita menerima jemputan rumah terbuka selain tak kurang yang masih berkunjung ke rumah sanak saudara untuk berhari raya.
Alhamdulillah.. sempena Aidilfitri kali ini, mrKhai mendapat tempahan kek sempena majlis sambutan Aidilfitri peringkat Unit tempat isteri mrKhai bekerja. Oleh kerana, mrKhai ni masih baru dalam dunia pembuatan kek, mrKhai cuba juga untuk menghasilkan yang terbaik untuk mereka. Niat di hati nak mencuba resepi Russian Black and White Cake dari blog masam manis, tapi oleh kerana kata isteri mrKhai kek coklat telah dibawa oleh kawannya, terpaksa lah mrKhai mencari alternatif untuk membuat kek lain.
Dipendekkan cerita, setelah dibelek-belek resepi dari dapur masam manis dan setelah dipertimbang-timbang senang dan susah cara untuk membuatnya, akhirnya mrKhai membuat keputusan yang muktamad untuk mencuba resepi kek Steam Buttercream dari dapur masam manis. mrKhai juga buat rujukan sikit-sikit di sini kerana resepi kek Steam Buttercream ni di ambil dari blog beliau. Alhamdulillah.. setelah berhempas pulas, maka terhasillah kek Steam Buttercream versi mrKhai.. harap-harap rakan-rakan dari unit tempat isteri mrKhai bekerja berpuashatilah dengan rasa dan hasil kek tersebut.
Bagi yang ingin mencuba,jomkita lihat resepi dan cara membuatnya di bawah..
Bagi yang ingin mencuba,jomkita lihat resepi dan cara membuatnya di bawah..
STEAM BUTTERCREAM CAKE
- resepi kek boleh buat ikut mana-mana resepi kek yang disukai.Ikut citarasa masing-masing. (mrKhai guna Optima chocolate sponge mix.. segera dan mudah)
- bahagi kek kepada dua bahagian. Kemudian letakkan inti kat tengah. Inti pun terpulang sama ada nak guna ganache krim ke, nutella ke ataupun whipping cream.(mrKhai guna lebihan coklat ganache yang sedia ada di dalam peti ais untuk dihabiskan stok)
- Kek kena dilicinkan bucunya (bentuk bulat) untuk memudahkan buttercream tu mengalir nanti..
Bahan2 Steam Buttercream
500gm krimwell
250gm shortening
50gm butter
250gm gula aising
500gm krimwell
250gm shortening
50gm butter
250gm gula aising
Semua bahan di atas di satukan dalam mangkuk
mixer dan pukul hingga adunan kembang dan bergaul sebati. ~ anggaran masa
memukul 5-7 minit.
Boleh
tambahkan pewarna jika inginkan buttecream yang berwarna.
Bila adunan telah sebati, ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk lain. Ini adalah untuk di sapukan pada kek sebagai base dan juga kita akan gunakan untuk buat deco bunga atas kek kita tu nanti. Tujuan kita ambil sedikit dan larikan dalam bekas lain juga supaya adunan buttercream yang nak kita stimkan tu tidak bercampur cebisan kek semasa proses kita melempa kek kita tu nanti.
Sapukan buttecream pada kek nipis sahaja. Pastikan sebelum kita sapukan kek, kita bulatkan semua bucu dan penjuru kek. Ini adalah untuk memudahkan cream tu mengalir dengan licin. Letakkan kek atas redai dan alas dasar redai dengan loyang. Ini bertujuan, apabila kita tuangkan buttercream ia akan mengalir ke bawah dan lebihan buttercream akan terkumpul di dalam loyang.
Sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk membuat steam buttercream. Tapi sebelum itu, pastikan loyang yang berisi kek di letakkan betul-betul berhampiran dapur. Ini adalah kerana mudah untuk kita tuangkan buttercream yang dah mencair atas kek dengan kadar segera.
Masukkan 2 cawan air ke dalam kuali. Air jangan banyak ini sekadar untuk memanaskan bekas dan mencairkan buttercream sahaja.
Masukkan buttercream tadi kedalam bekas plastik yang tahan panas. Jangan guna bekas stainless steel kerana stainless steel pengalir haba yang baik dan akan mempercepatkan buttercream mencair. Kita tidak mahu buttercream itu terlalu cair.
Bila air sudah mendidih, kecilkan api segera. Masukkan bekas plastik tadi ke dalam kuali.
Gunakan kitchen glove untuk memegang bekas, bagi mengelakkan kemalangan.
Pastikan anda sentiasa mengacau buttercream. Gunakan spatula untuk mengacau.
Buttercream akan mula mencair. Angkat keluar daripada kuali dan teruskan mengacau hingga rata.
(gaul buttercream dalam 1-2 minit atau sehingga buttercream nampak nak cair di hujung besen.. buttercream ni mesti sentiasa dikacau)
Kemudian masukkan semula dalam kuali dan kacau lagi. Lakukan kaedah keluar masuk - keluar masuk kuali hingga adunan mencair
(angkat besen keluar dari kuali, gaul lagi tanpa henti dalam lebih kurang 1-2 minit jugak sehingga buttercream yang nampak hampir cair tadi jadi likat semula. ulangi banyak kali..banyak kali tu, naik turun naik turun kuali, lebih kurang dalam 15-20 minit)
Semasa proses steam, api jangan ditutup.. bukak api yg paling kecil aje..
Untuk
memgetahui sama ada buttercream telah siap dan boleh digunakan adalah
di mana kita akan dapati adunan buttercream tadi telah mencair. Bila
kita angkat spatula.. dia mengalir laju dan tak putus. Tapi adunan masih
likat, licin dan berkilat.
Segera
lapkan bawah bekas yang basah dengan kain. Ini bertujuan apabila kita tuangkan
pada kek, air peluh daripada bekas tidak menitik pada kek.
Segera
tuangkan adunan atas kek tuang rata-rata hingga menyaluti seluruh kek.
Hentak-hentakkan
loyang, agar adunan itu mengalir licin dan lebihan buttercream segera mengalir
ke bawah. Ini juga bagi mendapatkan permukaan kek yang licin.
Biarkan
adunan rata sendiri jangan pula di ratakan dengan spatula. Ia akan mencacatkan
adunan buttercream itu nanti.
Masukkan
dalam peti ais sebentar hingga ia mengeras.
Lebihan
buttercream itu jangan di buang. Ia boleh dikitar semula bila kita nak buat kek
yang lain.
Alihkan
atas lapik kek dan bolehlah di hiaskan mengikut kreativiti.
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan
Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan
menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2
nanti adunan jadi lembik.
3. Bule tambahkan pewarna atau perasa jika suka.
Subscribe to:
Posts (Atom)